Shafa’aton Abu Bakar.
Shafa’aton Abu Bakar.
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


POLIS menafikan video tular mengenai warga asing yang melaksanakan solat jemaah ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Daerah Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, video berdurasi 25 saat yang tular itu berkaitan solat Aidilfitri yang disambut warga asing pada 2018.

“Solat berkenaan diadakan di Padang Bola Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Kampung Baru Sungai Buloh.

“Polis mengesahkan video yang tular itu bukan berlaku dalam masa tempoh PKP dilaksanakan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Shafa’aton berkata, polis menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati menyebarkan sebarang maklumat di media sosial untuk mengelakkan perasaan panik di kalangan masyarakat di negara ini.

“Sebarang penyebaran berita palsu adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 April 2020 @ 8:17 PM