GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Nor Fazlina Abdul Rahim

KERAJAAN negeri mengumumkan bantuan ‘one-off’ kepada penjawat awam, lantikan politik serta petugas barisan hadapan di Kelantan.

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata, penjawat awam akan diberi bantuan sebanyak RM500 manakala lantikan politik pula menerima RM250.

Menurutnya, petugas barisan hadapan COVID-19 di bawah kerajaan negeri menerima bantuan sebanyak RM300.

“Petugas barisan hadapan kerajaan negeri termasuklah penguat kuasa majlis daerah, penghulu, penggawa, buruh di Pejabat Tanah dan Jajahan.

“Bantuan berkenaan akan diberikan dalam masa terdekat,” katanya ketika sidang media selepas mesyuarat kerajaan negeri di Kota Bharu hari ini.

Ahmad berkata, kerajaan negeri sediakan peruntukan sebanyak RM29 juta bagi membantu rakyat yang terjejas kerana Covid-19 ini.

“Selain bantuan ‘one-off’, kerajaan negeri juga mengecualikan bayaran sewa di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT) dan badan berkanun selama dua bulan bermula bulan ini.

“Bayaran sewa berkenaan akan ditanggung oleh kerajaan negeri,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 April 2020 @ 2:59 PM