KUALA LUMPUR 26 MARCH 2020. Jururawat memeriksa suhu badan pesakit yang membuat pemeriksaan kesihatan berikutan wabak COVID-19 di Klinik Kesihatan Ampang. NSTP/FATHIL ASRI.
KUALA LUMPUR 26 MARCH 2020. Jururawat memeriksa suhu badan pesakit yang membuat pemeriksaan kesihatan berikutan wabak COVID-19 di Klinik Kesihatan Ampang. NSTP/FATHIL ASRI.
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


KEDUTAAN Besar China di Malaysia memuji petugas barisan hadapan terutama pasukan perubatan yang berusaha menangani penularan Covid-19 di negara ini.

Dutanya Bai Tian berkata, beliau percaya pihak barisan hadapan mampu memenangi ‘perang’ melawan Covid-19.

“Kepada semua petugas barisan hadapan perubatan Malaysia, anda adalah penyelamat pesakit dan negara.

“Saya hormat kepada usaha yang sangat berani dan saya berdoa keselamatan anda. Saya percaya anda akan berjaya memenangi ‘perang’ ini,” katanya.

Video berdurasi 30 saat itu dipaparkan di laman Facebook Kedutaan Besar China di Malaysia pada jam 8 malam tadi.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Mac 2020 @ 9:01 PM