MENTERI Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (tengah) bersama isteri,  Toh Puan Seri Tuan Faizah Tuan Ab Rahman (dua) ketika melakukan lawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah. FOTO Zatul Iffah Zolkiply
MENTERI Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (tengah) bersama isteri, Toh Puan Seri Tuan Faizah Tuan Ab Rahman (dua) ketika melakukan lawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah. FOTO Zatul Iffah Zolkiply
Baharom Bakar


PENYEWA bangunan kerajaan negeri dan unit Program Perumahan Rakyat (PPR), Rumah Kos Rendah (RKR) dan Rumah Mampu Milik (RMM) diberi penangguhan bayaran sewa selama dua bulan bermula April.

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerajaan negeri bersetuju untuk penangguhan sewa itu bagi membantu penduduk susulan Perintah Kawalan Pergerakan dan wabak Covid-19.

Katanya, turut diberi penangguhan adalah mereka yang mendiami rumah di Desa Keluarga Yayasan Pembangunan (YPKT) selain peniaga menyewa premis Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU).

“Kita juga membuat keputusan untuk membenarkan penangguhan bayaran balik pinjaman pelajaran Yayasan Terengganu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dr Ahmad Samsuri berkata, semua inisiatif itu termasuk dalam Pakej Ransangan Cakna Covid-19 Fasa Dua bertujuan meringankan beban rakyat ketika ini.

Beliau juga mahu rakyat Terengganu mematuhi perintah PKP yang berkuat kuasa hingga 31 Mac ini.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 Mac 2020 @ 4:53 PM