GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Mohd Roji Kawi


LIMA lagi kes Covid-19 positif dilaporkan di Sarawak hari ini menjadikan jumlah keseluruhan dijangkiti wabak itu di negeri ini kini 50 orang.

Daripada lima kes baharu itu, dua dirawat di Hospital Umum Sarawak, dua di Hospital Sibu dan seorang Hospital Bintulu.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, sebanyak 115 kes baru individu dalam siasatan (PUI) jangkitan Covid-19 yang dilaporkan hari ini.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kes PUI sebanyak 655 kes.

“Sebanyak 285 kes adalah negatif dan 320 kes PUI masih menunggu keputusan ujian makmal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, beliau menggesa mereka yang mempunyai kontak rapat dengan kes positif Covid-19 diminta supaya segera menghubungi Pejabat Kesihatan Bahagian terdekat bagi memaklumkan status kesihatan masing-masing.

“Ujian pengesahan hanya akan dijalankan ke atas kontak rapat yang bergejala selepas penilaian dibuat oleh pegawai perubatan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 Mac 2020 @ 5:44 PM