TAN Sri Muhyiddin Yassin menunjukkan isyarat bagus. FOTO BERNAMA
TAN Sri Muhyiddin Yassin menunjukkan isyarat bagus. FOTO BERNAMA
BERNAMA

PAS Kedah menyifatkan Kabinet baharu yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin petang semalam sebagai ‘satu saf’ yang meyakinkan, segar serta menyerlah.

Pesuruhjaya PAS negeri, Ahmad Yahaya berkata, pelantikan mereka yang bersih serta terbukti bersungguh dalam kerjaya, membangkitkan rasa gembira dan senang di hati rakyat, yang ingin semua pihak terbabit dalam pentadbiran negara berlatarkan pelbagai pengalaman dan bidang kemahiran yang bermanfaat.

Dalam satu kenyataan di Alor Setar, hari ini, beliau berkata apabila melihat kepada senarai anggota kabinet yang dipersembahkan, segala rasa resah, gundah-gulana yang bersarang di minda rakyat selama ini terus hilang.

“Banyak pembaharuan sudah dilakukan oleh perdana menteri ketika membentuk Kabinet dalam usaha membawa pembaharuan khususnya untuk rakyat di alaf yang mencabar ini,” katanya sambil mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri.

Beliau berkata, keputusan untuk tidak melantik timbalan perdana menteri buat masa ini, dan pemilihan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), menempa satu sejarah baharu kepada negara.

“Lebih membanggakan apabila semua senarai kabinet itu sudah melepasi saringan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), yang bererti mereka tidak terbabit dengan kes rasuah dan jenayah sosial,” katanya.

Dalam pada itu katanya PAS Kedah juga mengucapkan terima kasih dan tahniah di atas pelantikan Ahli Parlimen Pendang, Awang Solahudin Hashim sebagai Timbalan Menteri Sumber Manusia.

Berita berkaitan:

  • Doa, bantu saya - Mufti WP
  • Senarai Kabinet 2020
  • Sejarah buat PAS
  • Ahmad Amzad selesa bekerja dengan KJ
  • Ahmad Amzad selesa bekerja dengan KJ
  • MB Kelantan ucap tahniah kepada Kabinet
  • Enam menteri dari Sabah
  • Tok Pa jaga ekonomi
  • Kombinasi pengalaman pelbagai bidang, kepakaran
  • MCA kembali dalam barisan Kabinet
  • Dr Zulkifli mufti pertama jadi menteri
  • 4 Menteri Kanan ganti TPM
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Mac 2020 @ 10:01 AM