WEE Ka Siong. FOTO Asyraf Hamzah
WEE Ka Siong. FOTO Asyraf Hamzah
BERNAMA

PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan barisan Jemaah Menteri pelbagai kaum dengan turut menamakan dua Ahli Parlimen daripada MCA .

Beliau berkata, Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam dilantik sebagai Menteri Pengangkutan.

Ahli Parlimen Tanjung Piai Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng pula memegang jawatan Timbalan Menteri 1 Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

Muhyiddin mengumumkan barisan Kabinet citra baharu itu pada sidang berita khas di Putrajaya.

Pada 1 Mac lalu, beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kelapan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.

Kerajaan pimpinan Muhyiddin merangkumi Bersatu, Barisan Nasional, PAS dengan disokong Gabungan Parti Sarawak.

Berita berkaitan:

  • Senarai Kabinet 2020
  • Sejarah buat PAS
  • Ahmad Amzad selesa bekerja dengan KJ
  • Ahmad Amzad selesa bekerja dengan KJ
  • MB Kelantan ucap tahniah kepada Kabinet
  • Enam menteri dari Sabah
  • Tok Pa jaga ekonomi
  • Kombinasi pengalaman pelbagai bidang, kepakaran
  • MCA kembali dalam barisan Kabinet
  • Dr Zulkifli mufti pertama jadi menteri
  • 4 Menteri Kanan ganti TPM
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Mac 2020 @ 6:08 PM