Samadi Ahmad


ISU Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil Adhif Syan Abdullah yang terpalit dakwaan ditahan polis dan positif dadah akan dibincangkan, esok.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat majlis tertinggi parti yang dipengerusikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, selaku Pengerusi BERSATU, Dr Mahathir dan kepemimpinan kanan memandang serius isu itu yang kerana membabitkan imej parti dan disiplin.

“Bagaimanapun, kita bersikap adil dan tindakan hanya sehingga beliau benar-benar didapati bersalah dan dijatuhi hukuman mengikut undang-undang.

“Kita menyerahkan kepada makmal untuk melakukan ujian kedua ke atas air kencing beliau dan selepas itu barulah kita boleh ambil tindakan susulan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Amanat Tahun Baharu 2020 Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Putrajaya, hari ini yang turut dihadiri Ketua Setiausaha KDN, Datuk Jamil Rakon dan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Mazlan Mansor.

PENGURUSAN kanan MPB bertemu Muhyiddin di Bangunan Perdana Putra, di Putrajaya.
PENGURUSAN kanan MPB bertemu Muhyiddin di Bangunan Perdana Putra, di Putrajaya.

Muhyiddin berkata, parti juga tidak akan campur tangan dan menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk melakukan siasatan.

“Pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan berdasarkan proses undang-undang dan selepas itu barulah tindakan susulan dapat diadakan,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan Adhif Syan yang juga Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Selangor antara 17 individu yang ditahan polis dalam serbuan di sebuah kondominium di Puchong, Selangor.

Seramai 16 individu termasuk beliau disahkan positif dadah menerusi ujian saringan air kencing.

Berita berkaitan

JSJN sedang lengkapkan kertas siasatan

Biro Disiplin AMK sahkan anggota ditahan

Saya ke kondo untuk berbincang - Adhif Syan

Tiada siapa melebihi undang-undang negara

Adhif Syan memang ditahan polis - BERSATU Selangor

ADUN Dengkil nafi positif dadah

Pesta dadah 17 kantoi

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 January 2020 @ 11:55 AM