Rosyahaida Abdullah


PELBAGAI tawaran menarik tersedia buat pengguna yang menebus e-Tunai Rakyat dengan pengendali e-dompet terbesar, Boost sempena pengagihan dana di bawah kerajaan Malaysia bermula, semalam.

Menerusi kempen yang dilaksanakan sehingga 14 Mac depan, pengguna yang memanfaatkan aplikasi Boost untuk tujuan tuntutan turut berpeluang menikmati Shake Rewards benilai sehingga RM8,888 dan pelbagai ganjaran lain bernilai sehingga RM1,888.

Bermula dengan memuat turun aplikasi Boost di telefon pintar masing-masing diikuti pendaftaran akaun, pengguna boleh terus memilih e-Tunai Rakyat pada halaman utama dan melalui proses tuntutan termasuk pengesahan identiti sebelum RM30 dikreditkan.

Selesai menebus, pengguna layak menikmati pelbagai peluang untuk menggandakan manfaat yang diterima antaranya dengan menyertai Ang Pow Challenge.

Bagi cabaran ini, setiap hari pengguna akan diberi dua angpow dimana hanya satu daripadanya boleh dibuka mengandungi 'moolah' manakala satu lagi angpow perlu dihantar kepada pengguna lain yang belum menebus e-Tunai Rakyat mereka.

FOTO Asyraf Hamzah
FOTO Asyraf Hamzah

Jika pengguna lain menerima angpow terbabit, maka pengguna boleh kekal berada dalam permainan sekali gus menerima angpow setiap hari sehingga kempen selama dua bulan ini tamat.

Pada masa sama, kempen Claim Referral atau Rujukan Tuntutan juga membolehkan pengguna mendapatkan banyak ganjaran kerana untuk setiap rujukan yang Berjaya, RM3 akan dikreditkan ke akaun Boost selain tambahan RM3 untuk setiap rujukan kelima. Tiada had untuk setiap pelanggan.

Selain itu, penebusan e-Tunai Rakyat di Boost juga melayakkan pengguna menikmati lapan keenakan pada harga hanya RM8 di antaranya 'Single Junior Scoop' di Baskin Robbins, donat biasa kecuali premium di Dunkin', Petitllao di Llao Llao, dan Maggi Hot Cup di myNEWS.com.

Merancakkan lagi kempen, pengguna juga berpeluang menikmati penjimatan bagi perbelanjaan di pelbagai kedai jenama popular terpilih dengan harga serendah RM18.

Sempena kempen ini juga, "cashback" atau pulangan tunai dan ganjaran diteruskan Boost dengan pelbagai tawaran menarik misalnya pulangan tunai sebanyak 50 peratus untuk setiap pembelian tiket wayang Golden Screen Cinemas (GSC), MBO dan MMCineplexes melalui Boost.

Pengguna juga berpeluang memenangi pulangan tunai 100 peratus selama setahun untuk bil anda apabila membayar bil dengan menggunakan Boost. Untuk pelanggan Celcom pula, apabila anda melanggan/menaiktaraf pelan Celcom di Celcom Online Shop atau Celcom Bluecube dengan membayar menggunakan Boost, anda juga berpeluang untuk memenangi pulangan tunai 100 peratus untuk bil anda selama setahun.

FOTO Asyraf Hamzah
FOTO Asyraf Hamzah

Antara ganjaran lain yang menanti adalah Boost Up di mana setiap ringgit yang dibelanjakan di Boost melayakkan pengguna menerima ‘Boost Coins’ malah setiap transaksi membolehkan mereka menerima ganjaran dalam bentuk pulangan tunai, hadiah berupa telefon pintar iPhone 11 atau pengering rambut Dyson dan percutian ke Greece.

Banyak lagi ganjaran lain tersedia buat pengguna sempena kempen ini, semuanya boleh diterokai di aplikasi Boost.

Pada pembentangan Belanjawan 2020 oleh Menteri Kewangan tahun lalu, Lim Guan Eng mengumumkan peruntukan RM450 juta bagi program e-Tunai Rakyat yang memilih Boost sebagai antara pengendali e-dompet untuk tujuan penebusan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 January 2020 @ 10:48 AM