TELEFON pintar kini bukan hanya sekadar untuk membuat atau menerima panggilan telefon. Tetapi ia bagaikan ‘semua dalam satu’ yang memberikan banyak kegunaan kepada pengguna termasuk melakukan kerja pejabat di mana saja, menjadi kamera yang merakam semua momen indah, menonton filem atau drama kegemaran serta bermain permainan mudah alih.

Justeru, terdapat pelbagai aspek penting yang menjadi perhatian pengguna dalam menentukan telefon pintar yang ingin dimikili.

Bagi mereka yang inginkan telefon pintar ‘semua dalam satu’ ini sekali gus memudahkan segala urusan seharian yang mebih menyeronokkan, vivo V17 pastinya tidak mengecewakan.

Kapasiti bateri yang lebih besar, 4500mAh dengan teknologi pengecas Dual-Engine Fast membawa kecekapan yang lebih tinggi serta mengecas lebih pantas supaya telefon pintar V17 ini dapat memberikan pengalaman mudah alih yang berpanjangan dan selamat.

Turut dilengkapi dengan Ultra Game Mode, V17 ini pastinya memberikan pengalaman permainan mudah alih yang lancar dan terbaik terutama buat si kaki game.

Lebih menarik, tiada lagi gangguan mesej dan notifikasi yang disekat sementara saat bermain sekali gus membolehkan pengguna menyelami dunia fantasi saat bermain permainan atas talian.

V17 ini juga dilengkapi dengan ciri ‘Voice Changer’, ia memberikan lebih keseronokan semasa dalam permainan dengan menyediakan pelbagai suara yang boleh dipadankan dengan watak-watak permainan atas talian.

Didatangkan dalam dua pilihan warna yang menarik iaitu Admiral Blue dan Crystal White dengan harga dari RM1,499, vivo V17 nyata pilihan terbaik terutama pengguna yang ingin mencari hadiah terbaik buat insan tersayang di musim perayaan ini.


Jom semak lima sebab utama kenapa telefon pintar V17 ini harus dimiliki!


1) Reka bentuk Skrin Ultra O terbaru buka pintu ke dunia baru yang berani

V17 membawa penggunanya menerokai dunia baru yang berani dengan skrin Super AMOLED Ultra O yang inovatif dengan reka bentuk kamera hadapan paling nipis dalam industri.

Selain itu, V17 ini juga dilengkapi dengan paparan FHD + 6.44 inci mempunyai kamera hadapan 2.98mm yang sangat jelas dan tampil lebih bergaya serta futuristik tanpa mengabaikan pengalaman tontonan.

Lebih menarik, paparan Super AMOLED generasi baru ini bersama nisbah aspek sebanyak 20: 9 pula memberikan warna yang asli dan menyaring 42 peratus cahaya biru.

2) Empat kamera belakang gabungan 48+8+2+2-megapixel hasilkan gambar terbaik dalam kehidupan

V17 memiliki 4 kamera Al Quad yang disusun dalam bentuk L yang juga adalah dan kelebihan telefon pintar ini. Kesemua empat kamera itu, kamera utama 48MP, kamera Wide-Angle 8MP, kamera Micro 2MP dan Kamera Bokeh 2MP dihubungkan dengan algoritma AI untuk kejelasan gambar yang baik, pengalaman fotografi terbaru dan cetusan hasil mengagumkan.

Dengan kamera utama 48MP, ia pastinya memberikan hasil gambar persis sentuhan juru gambar profesional.

Untuk kamera ultra lebar 8MP F2.2 pula, ia membolehkan pengguna mengambil gambar kumpulan dengan mudah. Kamera bokeh 2MP F2.2 dan kamera makro 2MP F2.4 nya pula, pasti memberikan gambar yang terbaik walau berada pada jarak dekat. Kamera V17 ini boleh merakam video 4K dan menyokong penstabilan elektronik Super EIS.

3) Memori 8GB RAM dan Storan 256GB

Telefon pintar kini bukan hanya sekadar gajet untuk membuat atau menerima panggilan telefon dan sebagai kamera yang mudah di bawa ke mana saja. Kini, telefon pintar juga bagaikan nyawa sesiapa saja termasuk mereka yang perlu sentiasa memberikan komitmen dalan pekerjaan.

V17 ini direka untuk pengguna menyelesaikan tugasan harian dengan telefon pintar sama ada kerja di pejabat, sosial atau hiburan.

Menariknya, ia dikuasakan dengan prosesor Qualcomm Snapdragon 675 AIE dan 8GB RAM + 256GB ROM. Dengan itu, V17 ini dapat memberikan prestasi optimum untuk semua aplikasi dan memastikan sistem dapat dikendalikan dengan lancar setiap masa.


4) Kamera swafoto 32 MP

Mengambil gambar sendiri atau swafoto bagaikan satu kemestian di semua peringkat umur terutamanya generasi muda.

vivo V17 juga nyata tidak mengecewakan dan lebih menarik, ia adalah telefon pintar yang memberikan hasil gambar swafoto terbaik. Kamera hadapan 32 MP V17 ini membantu pengguna menangkap swafoto berkualiti tinggi dan gambar kumpulan dengan mudah.

Tampil pula dengan ciri Super Night Mode dan Super Night Selfie, ia meningkatkan kejelasan walaupun dalam gambar malam selain menawarkan kualiti foto terbaik pada bila-bila masa di mana saja. Jadi, berswafoto pada waktu malam dengan V17 ini pastinya memberi momen terindah buat pengguna.

5) Super Night Mode

Mengambil gambar dalam kegelapan malam bukan masalah dan itu juga adalah kelebihan V17.

Telefon pintar V17 ini menampilkan ciri Super Night Mode dan Super Night Selfie yang meningkatkan kejelasan walaupun dalam gambar malam selain menawarkan kualiti foto terbaik pada bila-bila masa di mana saja.

Lebih menarik, Super Night Mode V17 ini juga menampilkan keupayaan pengurangan bunyi pada kamera belakang.

Ciri Super Night Selfie memberikan ‘tembakan’ malam menakjubkan menerusi kamera hadapan disokong oleh teknologi penggabungan bingkai, HDR dan algoritma potret Vivo sendiri.

Kamera apa pun yang digunakan, hasil gambar yang indah menanti ketika jauh makam. Yang pasti, V17 tidak akan mengecewakan.

Info lanjut, sila layari vivo Malaysia Facebook https://www.facebook.com/vivoMalaysia/

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Disember 2019 @ 6:09 PM