GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
BERNAMA

BILANGAN mangsa banjir di seluruh negara meningkat kepada 1,676 orang daripada 466 keluarga, setakat 8 pagi ini.

Ia berbanding 1,183 mangsa daripada 350 keluarga, 8 malam semalam.

Menurut laporan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), di Kuala Selangor, Selangor, seramai 784 mangsa daripada 245 keluarga dipindahkan ke empat pusat penempatan sementara (PPS) di daerah itu.

Di Johor, seramai 341 mangsa daripada 91 keluarga dipindahkan ke tujuh PPS, dengan empat daripadanya baharu dibuka di Kluang dan Kulaijaya, manakala selebihnya di Batu Pahat, Pontian dan Johor Bahru.

Di Perak, jumlah mangsa terbabit ialah 368 orang daripada 84 keluarga yang ditempatkan di tiga PPS di Hilir Perak, satu di Kerian dan satu di Batang Padang (baharu dibuka).

Di Seberang Perai, Pulau Pinang, bilangan mangsa banjir kekal 137 orang daripada 31 keluarga yang ditempatkan di lima PPS.

Di Kedah pula, sebuah PPS baharu dibuka di Kulim Kedah yang menempatkan 21 mangsa daripada lima keluarga, manakala satu lagi PPS yang dibuka di Pendang semalam menempatkan 40 orang daripada 15 keluarga.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 Oktober 2019 @ 10:18 AM