ANGGOTA tentera berdepan dengan ular tedung selar sedang berdiri menghadapnya.
ANGGOTA tentera berdepan dengan ular tedung selar sedang berdiri menghadapnya.
Suraya Roslan


AKSI seorang anggota Tentera Darat Malaysia menjinakkan seekor ular tedung selar mendapat perhatian portal berita antarabangsa yang kagum dengan kemahiran anggota terbabit.

Dalam satu video tular di media sosial itu, portal berkenaan, DailyMail menyiarkan tajuk 'Jantung terhenti saat melihat askar Malaysia pegang kepala King Cobra selepas merenung ular besar itu'.

ANGGOTA tentera mendekati dan meletakkan tangan di atas kepala ular tedung selar sebelum menangkapnya.
ANGGOTA tentera mendekati dan meletakkan tangan di atas kepala ular tedung selar sebelum menangkapnya.

Video berdurasi satu minit 51 saat itu tular sejak Julai lalu menunjukkan kemahiran askar itu menundukkan spesis ular paling berbisa di sebuah ladang.

Anggota dipercayai berpangkalan di Gemas, Negeri Sembilan itu dilihat menekan kepala tedung selar dipercayai sepanjang enam meter itu dan kemudian mencekupnya dengan tangan.

ANGGOTA tentera tersenyum selepas berjaya menangkap ular tedung selar.
ANGGOTA tentera tersenyum selepas berjaya menangkap ular tedung selar.

Sebelum itu, tedung selar itu dilihat berdiri separas pinggang anggota terbabit yang memakai pakaian seragam hijau.

Video berakhir dengan lelaki itu tersenyum pada kamera dengan ular selamat berada dalam pegangannya.

Video kehebatan anggota itu menerima sambutan dan ditonton 6.9 juta sepanjang dimuatnaik di media sosial.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 Oktober 2019 @ 6:01 PM