Ryan Stanley


SEORANG tentera disiasat berhubung insiden Mejar Mohd Zahir Armaya yang maut tertembak ketika melakukan demonstrasi di Kem Lok Kawi, Penampang, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Haris Ibrahim berkata, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan.

“Siasatan awal mendapati mangsa ketika itu sedang melakukan acara persembahan tembak sempena Majlis Perbarisan Pelancaran Divisyen ke-5 Infantri Malaysia dan Briged ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi.

“Ketika kejadian mangsa tertembak oleh rakannya sendiri dalam jarak lingkungan lima meter menggunakan senjata api semasa acara persembahan tembak di majlis berkenaan,” katanya.

Berita berkaitan

TDM siasat Insiden komando mati tertembak

'Mesti disiasat, sepatutnya tak bocor'

Badul reda pemergian Mohd Zahir

Anak A R Badul mati tertembak

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 September 2019 @ 3:17 PM