Bomba mengangkat mayat penuntut yang ditemui tengah hari tadi. FOTO Ihsan JBPM
Bomba mengangkat mayat penuntut yang ditemui tengah hari tadi. FOTO Ihsan JBPM
Mohamad Azim Fitri Abd Aziz


DUA penuntut lelaki Kolej Matrikulasi Pahang ditemui lemas selepas mandi di tingkat satu air terjun Berkelah, Kuantan hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Anuar Hassan berkata, dua mangsa terbabit yang masih belum diketahui identiti ditemui Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) pada 12.36 tengah hari.

“Mayat dibawa turun ke kem induk air terjun Berkelah sebelum dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

“Kejadian sudah dimaklumkan kepada polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Difahamkan keluarga mangsa sudah dimaklumkan mengenai tragedi menimpa penuntut itu.

Dalam kejadian 10 pagi itu, mangsa dikatakan pergi ke kawasan hutan lipur itu bersama beberapa rakannya.

Bagaimanapun kedua-dua mangsa dikatakan tidak timbul selepas mandi di kawasan itu sebelum rakan mangsa menghubungi pihak berkuasa.

Bomba yang menerima panggilan kecemasan pada 10.13 pagi bergegas ke lokasi sebelum dua mangsa terbabit ditemui beberapa jam kemudian.

Berita berkaitan

Dua penuntut dikhuatiri lemas

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 September 2019 @ 2:04 PM