SUASANA Mantai Perdana 2018. FOTO Arkib NSTP
SUASANA Mantai Perdana 2018. FOTO Arkib NSTP
Amran Yahya


SEBANYAK 40 lembu disediakan untuk program Mantai Perdana daerah Kuala Pilah yang akan diadakan di tapak Pasar Tani Kuala Pilah, esok.

Pegawai Daerah, Syahrul Nizam Saleh berkata, program tradisi Negeri Sembilan itu diteruskan bagi membolehkan orang ramai mendapatkan daging lembu pada harga lebih murah.

“40 ekor lembu akan disembelih dan dijual pada harga RM29 sekilogram.

“Ia dapat menghasilkan lebih enam tan daging yang mampu menampung keperluan penduduk di daerah ini sempena Hari Raya Aidilfitri,” katanya ketika ditemui membuat tinjauan di Pasar Tani Kuala Pilah, semalam.

Syahrul berkata, program itu akan bermula seawal jam 7 pagi sehingga bekalan habis.

“Kita membuat beberapa penambahbaikan termasuk menukar lokasi lama iaitu hadapan Bank Simpanan Nasional (BSN) ke tapak pasar tani untuk keselesaan pengunjung dan tidak menghalang lalu lintas serta menambah khemah jualan,” katanya.

Katanya, pihaknya berharap orang ramai mengambil peluang mendapatkan barangan keperluan pada harga lebih murah sekali gus menghidupkan tradisi yang diamalkan di negeri ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 Jun 2019 @ 12:38 PM