Anggota bomba mengusung mayat lelaki yang ditemui dlama keadan berbau busuk dan berulat di atas katil di bilik sewanya di Kota Damansara, semalam. Foto Ihsan JBPM
Anggota bomba mengusung mayat lelaki yang ditemui dlama keadan berbau busuk dan berulat di atas katil di bilik sewanya di Kota Damansara, semalam. Foto Ihsan JBPM
Nurul Hidayah Bahaudin


MISTERI bau busuk yang dihidu penghuni sebuah rumah teres dua tingkat di Kota Damansara membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan berulat di atas katil di bilik sewanya, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh Muhammad Hazrin Zulkifli berkata, pihaknya menerima panggilan mengenainya pada 6.29 petang.

“Seramai enam anggota bersama sebuah ke lokasi dan kemudiannya dimaklumkan ada mayat seorang lelaki berusia 49 tahun di atas katil di tingkat dua rumah berkenaan.

“Anggota kemudiannya bertindak membungkus mayat itu dengan plastik hitam dan membawanya turun menggunakan pengusung sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Muhammad Hazrin berkata, mayat itu ditemui dalam keadaan berbau busuk dan lelaki itu dipercayai sudah meninggal dunia kira-kira seminggu lalu.

“Berdasarkan rakan serumah mangsa, kali terakhir lelaki itu dilihat kira-kira seminggu lalu.

“Empat penghuni lain di rumah berkenaan tidak mengesyaki sesuatu yang buruk sebelum mereka terhidu bau busuk yang datang dari bilik sewa mangsa,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Mei 2019 @ 3:46 PM