Muhaamad Hafis Nawawi


POLIS akan menyiasat sama ada kebakaran yang mengorbankan tiga beranak di Pangkalan Nelayan Sungai Tepa, Langkawi, awal pagi tadi, berpunca daripada perbuatan khianat.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, polis masih menunggu hasil siasatan lanjut daripada forensik bomba sama ada terdapat unsur khianat atau tidak.

“Cuma buat masa ini siasatan awal tidak menemui unsur khianat namun jika ada, kita akan membuka kertas siasatan,” katanya ketika dihubungi tadi.

Beliau berkata, setakat ini, lelaki yang rentung dalam kejadian itu memiliki rekod jenayah lampau membabitkan dadah.

Harian Metro hari ini melaporkan tiga mayat termasuk satu rentung dalam kebakaran di Pangkalan Nelayan Sungai Tepa dikenal pasti membabitkan suami isteri dan anak lelaki pasangan itu.

Berita berkaitan

Mayat isteri dalam keadaan bersujud

[UPDATE] Mangsa kebakaran disahkan tiga beranak [METROTV]

Lelaki rentung, rumah terbakar

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 April 2019 @ 4:05 PM