FOTO Hiasan
FOTO Hiasan
Siti Rohana Idris


PUSAT Bahasa Titian Jaya menyediakan biasiswa sebanyak RM10,000 kepada 15 anak yatim dari Pertubuhan Anak Yatim Kelantan (PEKA YATIM).

Biasiswa itu diberikan dalam bentuk kursus intensif selama tiga bulan di pusat bahasa berkenaan membabitkan pembelajaran dari segi tatabahasa dan pertuturan dalam Bahasa Inggeris.

Pengetuanya, Asashi Kalavadivelu berkata, kursus itu akan dijalankan sekali dalam seminggu dan selama tiga jam pelajar akan diajar mengikut sukatan yang disediakan oleh pusat bahasa itu.

“Inisiatif ini dibuat berikutan menyedari kemahiran Bahasa Inggeris dalam kalangan murid dan pelajar di Kelantan yang sangat lemah.

Beliau berkata, kelemahan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid dan pelajar berkemungkinan besar disebabkan perasaan malu yang menebal untuk mereka bertutur dalam bahasa itu.

“Kelemahan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid dan pelajar berkemungkinan besar disebabkan perasaan malu yang menebal untuk mereka bertutur dalam bahasa itu.

PENGETUA Pusat Bahasa Titian Jaya, Asashi Kalavadivelu (kiri) menyampaikan sumbangan biasiswa kepada Pengetua PEKA, Yatim, Sahbuddin Mohamed di majlis makan malam. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
PENGETUA Pusat Bahasa Titian Jaya, Asashi Kalavadivelu (kiri) menyampaikan sumbangan biasiswa kepada Pengetua PEKA, Yatim, Sahbuddin Mohamed di majlis makan malam. FOTO Nik Abdullah Nik Omar

“Pusat bahasa kami mengambil keputusan untuk menyediakan biasiswa kepada 15 anak yatim yang terpilih bagi mengikuti kursus intensif selama tiga bulan,” katanya kepada pemberita sempena majlis makan malam di Kota Bharu, malam tadi.

Asashi berkata, pembelajaran yang diajar oleh tenaga pengajar Pusat Bahasa Titian Jaya bukan berpandukan buku semata-mata tapi juga mengadakan interaksi bersama secara santai dalam persekitaran yang menyeronokkan.

“Pihak kami bercadang untuk turun padang ke beberapa sekolah di negeri ini untuk menyampaikan taklimat berkenaan kepentingan Bahasa Inggeris dan dalam masa yang sama akan mengajar kemahiran tatabahasa serta berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan baik,” katanya.

Sementara itu Pengetua PEKA YATIM, Sahbuddin Mohamed, meluahkan rasa terima kasih kepada pihak Pusat Bahasa Titian Jaya yang sudi membantu sebahagian anak yatim di sana untuk mempelajari Bahasa Inggeris dengan baik.

“Semua 15 anak yatim yang terpilih adalah berusia antara sembilan hingga 15 tahun.

“Secara keseluruhannya, penghuni di sini menuntut sekolah tahfiz, namun saya tidak nafikan bahawa Bahasa Inggeris agak penting walaupun bukan untuk akademik semata-mata tapi juga untuk kemahiran berkomunikasi pada waktu yang memerlukan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 Mac 2019 @ 10:59 AM