SEORANG mangsa yang cedera selepas kabel voltan tinggi terbakar. FOTO Ihsan Bomba.
SEORANG mangsa yang cedera selepas kabel voltan tinggi terbakar. FOTO Ihsan Bomba.
Mohd Hafizee Mohd Arop


DUA subkontraktor Tenaga Nasional Berhad (TNB) cedera selepas kabel voltan tinggi di Pencawang TNB Sauk di Kuala Kangsar terbakar, hari ini.

Dalam kejadian 12.40 tengah hari itu, kedua-dua mereka berusia 32 dan 58 tahun dipercayai sedang menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan sebelum kabel voltan tinggi di pencawang itu terbakar.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar dikerah ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan.

Katanya, sebaik tiba, anggota mendapati terdapat dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka, badan serta beberapa anggota lain akibat kabel voltan tinggi, terbakar.

“Anggota bertindak mengeluarkan mangsa dari lokasi dan membawanya ke Hospital Kuala Kangsar dengan van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan ambulans hospital.

“Pemeriksaan keselamatan dilakukan di kawasan pencawang sebelum operasi ditamatkan pada 1.54 petang,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 Mac 2019 @ 7:22 PM