Lori yang membawa muatan pasir terbalik selepas melanggar empat kenderaan. FOTO Ihsan Pembaca
Lori yang membawa muatan pasir terbalik selepas melanggar empat kenderaan. FOTO Ihsan Pembaca
Nurul Hidayah Bahaudin


LORI muatan tanah melanggar empat kereta yang diletakkan di bahu jalan selepas kenderaan itu hilang kawalan di Jalan Merah Silu, Kuala Lumpur hari ini.

Kejadian 11 pagi itu menyebabkan dua Perodua Axia, masing-masing sebuah Perodua Kancil dan Proton Saga FLX rosak akibat dilanggar lori berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku apabila lori terbabit hilang kawalan disebabkan brek tidak berfungsi lalu terbabas dan melanggar empat kereta yang diletakkan di bahu jalan.

ANTARA kereta yang rosak dilanggar lori. FOTO Ihsan Pembaca
ANTARA kereta yang rosak dilanggar lori. FOTO Ihsan Pembaca

“Dalam kemalangan ini, pemandu lori terbabit berusia 25 tahun tidak mengalami kecederaan manakala tiada pemandu serta penumpang dalam empat kereta terbabit ketika kejadian.

“Semua kenderaan sudah dialihkan dari lokasi dan dibawa ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Peraturan 10 LN 166/59 Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Mac 2019 @ 6:15 PM