Anggota bomba memadamkan kebakaran rumah di Jalan Lintang, Ayer Hitam hari ini. FOTO Ihsan Pembaca
Anggota bomba memadamkan kebakaran rumah di Jalan Lintang, Ayer Hitam hari ini. FOTO Ihsan Pembaca
Zuhainy Zulkiffli

ANGGOTA bomba menggadai nyawa merempuh masuk sebuah rumah yang marak dalam kebakaran di Jalan Lintang Air Itam, Georgetown hari ini.

Mereka bertindak nekad mengeluarkan wanita berusia 50-an yang lumpuh dan mengalami masalah kesihatan.

Mangsa berjaya diselamatkan namun mengalami kecederaan kecil di kaki.

Dalam kejadian jam 5.15 petang itu, dua keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah berkembar satu tingkat musnah 85 peratus.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Paya Terubong, Pegawai Penguasa Bomba Muzamer Mohd Salleh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan 5.25 petang sebelum mendapati kedua-dua rumah sudah 50 peratus terbakar.

Katanya, pihaknya bertindak mengawal kebakaran daripada merebak.

“Kebakaran juga memusnahkan dua kereta dan sebuah motosikal,” katanya.

Beliau berkata, kebakaran berjaya dikawal pada 5.48 petang dengan bantuan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak.

“Tiada mangsa yang terbabit dalam kebakaran itu dan punca kejadian masih disiasat,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 Februari 2019 @ 9:54 PM