Abdullah (kiri) menunjukkan daun ketum dan ubat batuk yang dirampas polis. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Abdullah (kiri) menunjukkan daun ketum dan ubat batuk yang dirampas polis. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Hazira Ahmad Zaidi


SEBANYAK 1.6 tan daun ketum dan 1,700 botol ubat batuk dianggarkan bernilai RM70,100 dirampas polis dalam Ops Selamat 14 di Jalan Pasir Mas-Pasir Pekan, Pasir Mas 31 Januari lalu.

Dalam operasi jam 11.30 pagi itu, polis menahan sebuah lori ais yang dipandu lelaki berusia 32 tahun di hadapan sebuah pasar raya sebelum menemui daun ketum hidup dan ubat batuk.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah berkata, ubat batuk dan daun ketum itu dari sebuah negeri di utara Semenanjung untuk dibawa ke Jerteh, Terengganu.

“Suspek dikatakan menerima upah RM500 untuk memandu lori yang mengambil bekalan berkenaan di utara bagi perjalanan sehala.

“Ujian saringan awal air kencing, suspek positif Methamphetamine selain ada 11 rekod lampau termasuk lima kes berkaitan dadah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas hari ini.

Menurutnya, suspek direman empat hari bermula dari tarikh ditangkap.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 30(3) Akta Racun 1952,” katanya.

Sementara itu, pada hari sama, polis turut merampas satu bungkusan plastik lut sinar berisi ketulan kristal yang disyaki syabu seberat 52 gram di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Pulai Chicha Tinggi, Pasir Mas pada jam 5.30 petang.

“Dalam serbuan itu, kami menahan dua lelaki berusia 31 dan 62 tahun.

“Nilai dadah yang dirampas dianggarkan RM2,500 dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B ADB 1952,” katanya.

Ends....

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 Februari 2019 @ 3:30 PM