ABDUL  Azeez ketika tiba di ibu pejabat SPRM. FOTO Ahmad Irham Mohd Noor.
ABDUL Azeez ketika tiba di ibu pejabat SPRM. FOTO Ahmad Irham Mohd Noor.
Mohd Husni Mohd Noor


AHLI Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dipanggil ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya hari ini.

Abdul Azeez yang juga ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO tiba di Ibu Pejabat SPRM kira-kira 2.55 petang dengan menaiki kereta jenis Proton Perdana.

Bagaimanapun, media tidak dimaklumkan Abdul Azeez dipanggil atas tujuan siasatan apa.

Difahamkan, beliau akan ditahan oleh SPRM hari ini dan perintah reman ke atasnya akan dibuat di Mahkamah Majistret Putrajaya, esok.

Sebelum ini, Abdul Azeez pernah dipanggil memberi keterangan oleh SPRM berhubung siasatan kes tender projek kerajaan.

Malah, pada 15 September lalu, SPRM menahan Abdul Azeez, abangnya merangkap pengurus besar syarikat hartanah, Datuk Abdul Latif Abdul Rahim serta seorang pengarah syarikat berhubung dakwaan penerimaan rasuah daripada sebuah syarikat kontraktor bagi satu projek Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji).

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 January 2019 @ 4:42 PM