Sabin menyampaikan ucapan sempena program Dialog antara KMPG dengan LHDN di Petaling Jaya, hari ini. FOTO Supian Ahmad.
Sabin menyampaikan ucapan sempena program Dialog antara KMPG dengan LHDN di Petaling Jaya, hari ini. FOTO Supian Ahmad.
Mahanum Abdul Aziz


LEMBAGA Hasil Dalam Negeri (LHDN) menggunakan platform media sosial bagi mengenal pasti individu atau syarikat memiliki harta atau kekayaan luar biasa, tetapi gagal mengisytiharkan cukai pendapatan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Sabin Samitah berkata, pasukan khas ditubuhkan pada September tahun lalu bagi memantau golongan berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya mempunyai sistem untuk mengumpul maklumat daripada media sosial terutama membabitkan e-dagang.

“Pegawai kami akan pergi kepada medium terutama mereka yang menawarkan perkhidmatan atau menjual produk menerusi media sosial.

“Lazimnya, mereka yang menawarkan perkhidmatan atau menjual produk (menerusi media sosial) akan memberikan nombor akaun bank,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama sempena Dialog KPMG dengan LHDN di Petaling Jaya, hari ini.

Sabin berkata, setakat ini, kira-kira 80,000 pembayar cukai merangkumi individu dan syarikat dikenal pasti gagal membayar cukai pendapatan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 January 2019 @ 5:42 PM