ANGGOTA polis berkawal pada hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson, hari ini. FOTO Hasriyasyah Sabudin
ANGGOTA polis berkawal pada hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson, hari ini. FOTO Hasriyasyah Sabudin
Ifwan Tun Tuah


CUACA cerah di Bandar Peranginan Pantai Negara dimeriahkan dengan kehadiran ratusan penyokong calon yang akan menghantar borang penamaan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), hari ini.

Seawal jam 7 pagi, penyokong mula memenuhi kawasan berhampiran bangunan MPPD, manakala kumpulan lebih besar yang akan berarak mengiringi calon masing-masing berkumpul di beberapa lokasi tidak jauh dari dewan itu.

Kumpulan penyokong Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kebanyakannya berpakaian kemeja-T kombinasi warna biru, putih dan merah, berkumpul di perkarangan Pejabat Tanah dan Daerah Port Dickson.

TIMBALAN Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (tengah) antara pemimpin yang hadir awal bersama penyokong. FOTO Iqmal Haqim Rosman
TIMBALAN Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (tengah) antara pemimpin yang hadir awal bersama penyokong. FOTO Iqmal Haqim Rosman

Sementara itu, kumpulan penyokong bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Samad yang akan bertanding sebagai calon Bebas dan Leftenan Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar (PAS) masing-masing berkumpul di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haji Abdul Samad.

Semua penyokong kelihatan teruja dan bersemangat, dengan ada segelintir mereka menyanyi dan melaungkan nama calon, namun keadaan terkawal tanpa sebarang kekecohan atau insiden tidak diingini.

PENYOKONG PAS menunaikan solat hajat sebelum berarak ke Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) bagi menghantar borang pencalonan, hari ini. Foto NSTP
PENYOKONG PAS menunaikan solat hajat sebelum berarak ke Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) bagi menghantar borang pencalonan, hari ini. Foto NSTP

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tempoh penghantaran borang penamaan calon bagi PRK Port Dickson bermula jam 9 hingga 10 pagi.

Buat masa ini, semua calon belum tiba di dewan berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 September 2018 @ 8:48 AM