LAPORAN Harian Metro, sebelum ini.
LAPORAN Harian Metro, sebelum ini.
Ruwaida Md Zain

POLIS menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan kes seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) yang parah dipercayai diserang sekumpulan samseng di Taman Permai, Jeram, Jumaat lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Amat berkata, ketiga-tiga lelaki itu ditahan kira-kira 1 pagi.

"Mereka yang ditahan berusia antara 16 hingga 22 tahun itu ditahan sekitar Kuala Selangor," katanya.

Pada masa sama, Fadzil menafikan mesej yang tersebar di media sosial mendakwa empat lelaki India bertopeng mengamuk bersenjatakan parang di Taman Permai Batu 4, Simpang 3, Jeram kerana benci dengan laungan azan dari masjid.

Beliau berkata, tangkapan terhadap tiga lelaki itu juga tiada kaitan mesej terbabit.

“Berita tular itu tidak benar. Polis ada membuat tangkapan tiga lelaki India, tetapi motif kejadian tiada kaitan dengan tular itu," katanya.

Semalam, NSTP melaporkan seorang lelaki OKU parah dipercayai diserang sekumpulan samseng jalanan di sebuah kedai makan di Taman Permai, , kelmarin.

Serangan dipercayai berpunca daripada tidak puas hati sekumpulan lelaki yang ditegur rakan mangsa sebelum itu kerana ‘merempit’ di depan kedai makan itu.

Dalam kejadian 6.15 pagi itu, mangsa berusia 35 tahun yang cacat badan sebelah kanan akibat kemalangan jalan raya ditetak hingga urat pergelangan tangan kirinya putus.

Berita berkaitan:

'Kau tetak OKU sampai putus urat tangan'

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 September 2018 @ 8:35 PM