Mohd Roji Kawi


GARA-GARA tergoda dengan pujuk rayu lelaki yang baru dikenali sejak lima bulan lalu menerusi Whatsapp, remaja perempuan menjadi mangsa nafsu buas lelaki itu.

Mangsa berusia 14 tahun itu mendakwa, dia dirogol suspek berusia 20 tahun itu sebanyak lima kali di hotel bajet di Padungan pada 13 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ng Ah Lek berkata, mangsa membuat laporan kejadian itu Khamis lalu.

Susulan laporan itu, polis menahan suspek di rumah keluarganya di Kampung Semariang, Petra Jaya, semalam.

“Kes masih dalam siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

"Jika disabit kesalahan, suspek boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Ogos 2018 @ 10:47 AM