Entri yang dimuat naik di Twitter @MY Embassy Jakarta.
Entri yang dimuat naik di Twitter @MY Embassy Jakarta.
Mohd Azam Shah Yaacob


KEDUTAAN Besar Malaysia di Indonesia memaklumkan berjaya menghubungi beberapa mangsa gempa bumi rakyat Malaysia di Lombok pada jam 4 petang (waktu Indonesia Barat) dan 19 daripadanya yang berada di Senaru, Lombok Utara sedang dibawa menuju lokasi selamat di Sengigi, Lombok Barat.

Perkembangan terkini itu dimuat naik menerusi entri di Twitter @MY Embassy Jakarta kira-kira jam 6.25 petang hari ini.

Dalam entri itu, pihak kedutaan memaklumkan seramai enam orang mengalami kecederaan di mana dua daripadanya parah, manakala empat lagi hanya cedera ringan.

Malah, turut dimaklumkan bahawa masih ada rakyat Malaysia di Lombok yang masih gagal dihubungi.

“Enam orang mengalami kecederaan iaitu dua cedera parah, manakala empat mengalami cedera ringan. Kesemua mereka sedang mendapat rawatan di Hospital Selong, Timur Lombok.

“Kedutaan juga dimaklumkan bahawa masih ada warganegara Malaysia yang berada di Lombok tetapi masih belum dapat dihubungi buat masa ini,” katanya.

Menerusi entri itu, pihak kedutaan turut menghubungi syarikat penerbangan bagi membantu membawa pulang rakyat Malaysia yang terselamat.

Selain itu, pegawai kedutaan dijangka tiba di Lombok, esok bagi menyelaras dan memberi bantuan sewajarnya kepada rakyat Malaysia di kawasan berkenaan.

Berita berkaitan

[UPDATE] NADMA sedia ke Lombok

[UPDATE) Kehilangan besar buat warga TVET

'Suara itu senyap tiba-tiba... '

Tak sangka kakak terperangkap

[UPDATE] Seorang pendaki Malaysia terkorban [METROTV]

'Mujur dah turun Rinjani'

Lombok bergegar !

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 Julai 2018 @ 7:28 PM