DR MAHATHIR pada sidang media, hari ini. FOTO Mohd Yusni Ariffin
DR MAHATHIR pada sidang media, hari ini. FOTO Mohd Yusni Ariffin
Fahmy Azril Rosli dan Nur Lela Zulkipli


PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan bahawa 20 peratus yang diberikan kepada syarikat pengeluar minyak adalah royalti daripada keuntungan yang diperoleh daripada negeri masing-masing.

“Royalti itu adalah berdasarkan keuntungan yang diperoleh oleh setiap negeri. Kita tidak ambil (keuntungan) daripada Terengganu dan beri kepada negeri lain.

“Jika keuntungan mencecah RM100 juta, jadi royalti minyak adalah 20 peratus daripada jumlah itu iaitu RM20 juta," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Kepemimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), di Petling Jaya, hari ini.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg hari ini meminta Dr Mahathir menjelaskan secara terperinci berhubung isu pembayaran royalti hasil minyak empat negeri pengeluar petroleum di negara ini, khususnya Sarawak.

Semalam, Dr Mahathir ketika menghadiri Sidang Parlimen memaklumkan Kerajaan Persekutuan di bawah kepemimpinan Pakatan Harapan (PH) memenuhi janji menyalurkan 20 peratus keuntungan minyak dan hasil petroleum negara kepada empat negeri pengeluar sumber itu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 Julai 2018 @ 8:01 PM