Semek  bersama ahli keluarga sebelum berlepas  menunaikan haji di Komplkes Tabung Haji, Sepang.
Semek bersama ahli keluarga sebelum berlepas menunaikan haji di Komplkes Tabung Haji, Sepang.
Noor Atiqah Sulaiman

Sepang: Wang simpanan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dikumpul ketika bekerja di kilang getah berjaya membawa seorang ibu tunggal menunaikan haji ke Makkah.

Semek Ya’acob, 65, berkata, ini pengalaman keduanya menjejakkan ke Tanah Suci selepas pada tahun lalu berkesempatan menunaikan umrah.

Menurutnya, walaupun sudah menjejakkan kaki di Tanah Suci tahun lalu, perasaan teruja tetap ada kerana kali ini dapat menunaikan rukun Islam kelima pula.

“Syukur kepada Allah kerana berkesempatan pergi lagi, saya memang tidak sangka akan dapat tawaran daripada Tabung Haji.

“Kali ini saya pergi berseorangan, diharapkan pada masa akan datang saya dapat mengerjakan haji atau umrah bersama sembilan lagi anak, menantu dan cucu,” katanya ketika ditemui di Kompleks Tabung Haji, baru-baru ini.

Semek berkata, setibanya di Tanah Suci nanti, dia akan mendoakan supaya anaknya dipermudahkan rezeki, diberikan kesihatan yang berpanjangan dan dapat menunaikan haji bersama-sama pada masa akan datang.

Anak keempatnya, Rahayu Rosli, 37, mengharapkan ibunya terus diberikan kesihatan yang baik sepanjang berada di Tanah Suci supaya dapat mengerjakan ibadat haji dengan sebaiknya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 Julai 2018 @ 10:36 AM