AHLI keluarga melihat mangsa yang maut akibat kemalangan di Kampung Sungai Dua, Bachok, hari ini. FOTO Ihsan Pembaca
AHLI keluarga melihat mangsa yang maut akibat kemalangan di Kampung Sungai Dua, Bachok, hari ini. FOTO Ihsan Pembaca
Nor Amalina Alias


LELAKI sempat beraya di rumah rakan sebelum maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kampung Sungai Dua, Bachok, hari ini.

Dalam kejadian pada 10.20 pagi itu, mangsa Mohd Taufiq Jamaludin, 20, yang menaiki Perodua Kancil maut di tempat kejadian, manakala pemandu Volkswagen Passat cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Bachok Deputi Superintendan Nik Aminuddin Raja Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Katanya, lelaki berkenaan dikatakan baru pulang beraya dari rumah rakannya di Melawi, Bachok.

“Mangsa dipercayai memandu dari arah Melawi menghala ke Pulau Kambing .

“Apabila tiba di tempat kejadian, dia memotong kereta di hadapannya, namun bertembung kereta Volkswagen Passat, yang datang dari arah bertentangan,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, mangsa yang parah maut di tempat kejadian, manakala pemandu lain berusia 50 tahun cedera ringan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Jun 2018 @ 9:00 PM