GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Sri Ayu Kartika Amri


ASTRO Malaysia Holdings Berhad (Astro) membuat dua laporan polis berhubung laporan pihak tidak bertanggungjawab menjual data pengguna pelanggannya.

Dalam kenyataan dikeluarkan, Astro berkata, data pelanggan yang bocor itu adalah data pelanggan Astro IPTV yang mana pelanggan terbabit diuruskan bersama oleh Maxis.

Pelanggan pengurusan IPTV adalah di bawah tanggungjawab antara Astro dan rakan penyedia telekomunikasi mereka, Maxis Broadband Sdn Bhd.

Astro turut menekankan bahawa data pelanggan Astro lain tidak terkesan dan mereka mengambil berat dalam melindungi data pengguna.

Astro turut menyatakan mereka telah meminta pihak Maxis dalam membantu menyiasat insiden berkenaan, termasuk penyiasatan forensik berkaitan.

“Kami akan berkongsi maklumat lanjut berhubung ketirisan data ini sebaik sahaja Astro mempunyai maklumat berkaitan dengannya.

“Perkara ini telah dimaklumkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM),” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Jun 2018 @ 4:56 PM