Muhamaad Razis Ismail

YANG di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan mencemar duli menghadiri majlis pengurniaan sumbangan dan berbuka puasa bersama anak yatim di Dewan Balai Islam, Kompleks Jubli Perak, Panji, Kota Bharu, malam ini.

Turut mencemar duli, Pemangku Raja Kelantan Tengku Dr Muhammad Faiz Petra dan Tengku Temenggong Kelantan Tan Sri Tengku Muhammad Rizam Tengku Aziz.

Hadir sama, Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob.

Sultan Muhammad V berkenan menyampaikan sumbangan Yayasan Albukhary kepada 194 anak yatim Darul Aitam Putri Panji dan pelajar Maahad Tahfiz al-Quran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Terdahulu, baginda berkenan berbuka puasa dan menunaikan solat Maghrib, Isyak dan tarawih bersama kira-kira 300 jemaah.

Sementara itu, penerima Norsham Mohd Saufi, 17, berkata sumbangan yang diberikan amat bermakna untuk meringankan beban keluarga.

“Sumbangan ini akan digunakan sebaik mungkin termasuk membeli kelengkapan Aidilfitri,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 Jun 2018 @ 11:33 PM
YANG DiPertuan Agong, Sultan Muhammad V bersalaman dengan sebahagian anak-anak yatim selepas menunaikan solat Tarawih di Majlis Pengurniaan Sumbangan Duit Raya dan Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim negeri Kelantan turut hadir Pemangku Raja Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra di Masjid Al-Mawaddah, Kompleks Islam Jubli Perak, Sultan Ismail Petra di Panji. FOTO Syamsi Suhaimi