CERMIN ruang menunggu di Stesen KTMB Bukit Mertajam pecah manakala (gambar kanan) pokok tumbang menghempap kereta di Jalan Permatang Pauh akibat ribut dan hujan lebat, malam tadi. FOTO ihsan polis.
CERMIN ruang menunggu di Stesen KTMB Bukit Mertajam pecah manakala (gambar kanan) pokok tumbang menghempap kereta di Jalan Permatang Pauh akibat ribut dan hujan lebat, malam tadi. FOTO ihsan polis.
Shamsul Munir Safini


CERMIN ruang menunggu di Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Bukit Mertajam pecah manakala beberapa kereta rosak ditimpa pokok tumbang di Permatang Pauh ekoran kejadian ribut dan hujan lebat di Pulau Pinang sejak 12 tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian di setesen KTMB itu.

“Pokok tumbang merosakkan beberapa kereta di Pangsapuri Idaman di Jalan Permatang Pauh dan polis masih belum menerima maklumat penuh jumlah kenderaan terjejas.

“Beberapa kawasan dinaiki air termasuk Balai Polis Trafik IPD Bukit Mertajam dan keadaan semakin pulih,” katanya.

Nik Ros Azhan berkata, puluhan khemah peniaga di Uptown Bandar Perda diterbangkan angin ekoran ribut berkenaan.

Beliau berkata, sehingga 1 pagi hari ini, tiada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka, namun pihaknya dalam keadaan berjaga-jaga kerana hujan masih belum reda.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 Mei 2018 @ 1:52 AM