Hadzlihady Hassan

Georgetown: ”Polis narkotik Pulau Pinang menahan dua lelaki dan membongkar kegiatan mereka yang menjadikan sebuah pangsapuri sebagai makmal dadah dalam serbuan di Bandar Baru Ayer Itam di sini, Isnin lalu.

Dalam serbuan itu, polis merampas dadah jenis syabu dan heroin yang jumlah keseluruhannya dianggarkan bernilai RM723,000.

Ketua Polis negeri Datuk A Thaiveegan berkata, dalam serbuan pertama pada jam 4 petang pihaknya menahan lelaki berusia 42 tahun di kawasan Ayer Itam.

 THAIVEEGAN (empat dari kiri) menunjukkan dadah yang dirampas.
THAIVEEGAN (empat dari kiri) menunjukkan dadah yang dirampas.

Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut polis menemui 31 paket plastik mengandungi heroin 14.5 kilogram (kg) dalam dua beg pakaian.

“Susulan itu, suspek membawa polis ke sebuah rumah lain dan hasil pemeriksaan lanjut kita menemui 17 peket heroin seberat 8.4kg dan enam paket syabu seberat 3.1kg,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 Mei 2018 @ 9:48 AM