BEKAS Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Luar Bandar Negeri Johor merangkap Ketua Wanita Johor, Datuk Sabariah Ahmad, 79, meninggal dunia di rumahnya di Muar kira-kira jam 1 pagi tadi. FOTO Ihsan BN Johor

Junita Mat Rasid

BEKAS Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Luar Bandar Johor, Datuk Sabariah Ahmad meninggal dunia akibat serangan angin ahmar dan komplikasi penyakit lain, di hospital swasta di Melaka, malam tadi.

Allahyarham yang berusia 79 tahun yang juga ibu saudara kepada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Asiah Md Ariff, disahkan meninggal dunia 11.30 malam tadi.

Allahyarham pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kesang pada tahun 1982, sebelum mewakili DUN Jorak bermula tahun 1986 hingga 1995 dan pernah memegang jawatan Ketua Wanita UMNO negeri.

Allahyarhamah mempunyai tiga anak dan enam cucu, manakala suami sudah lama meninggal dunia.

Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 6, Bakri, selepas solat Jumaat.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 April 2018 @ 1:47 PM