Hafidzul Hilmi Mohd Noor


GERAI makan di Bukit Pandan, Pandan Perdana, Kuala Lumpur, musnah dalam kebakaran malam tadi.

Bagaimanapun, kejadian 11.30 malam itu tidak menyebabkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Jabatan Bomba Penyelamat Selangor, Alimaddia Bukri berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada 11.35 malam.

"Satu jentera bersama empat anggota dikerahkan ke lokasi untuk memadamkan kebakaran bagi mengelakkan api merebak ke kawasan berhampiran.

"Turut terbakar dalam kejadian itu adalah tiga kenderaan yang diparkir berhadapan gerai berkenaan," katanya.

Alimaddia berkata, api berjaya dipadamkan kira-kira 15 minit kemudian.

"Ketika kejadian gerai makan berkenaan tidak beroperasi dan kejadian tidak menyebabkan kemalangan jiwa.

"Punca dan jumlah kerugian kebakaran berkenan masih dalam siasatan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Februari 2018 @ 10:32 AM