ANGGOTA APM menyelamatkan anak kucing terperangkap di atas bumbung banglo tiga tingkat, semalam.
ANGGOTA APM menyelamatkan anak kucing terperangkap di atas bumbung banglo tiga tingkat, semalam.
Mohd Azam Shah Yaacob

Kuala Lumpur: Tiga anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bertindak berani memanjat bumbung tingkat dua sebuah banglo mewah bagi menyelamatkan seekor kucing.

Difahamkan anak kucing itu terperangkap di atas bumbung rumah banglo tiga tingkat di Taman Yarl, dekat Kuchai Lama di sini, jam 7.30 pagi semalam.

Kejadian itu disedari pemilik rumah yang terdengar bunyi kucing berkenaan yang dipercayai terjatuh dari bumbung tingkat tiga ke bumbung tingkat dua kediaman.

Pegawai operasi APM MD Nafir Jalil berkata, sebuah jentera bersama tiga anggota bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan sekitar jam 8.36 pagi.

Katanya, pihaknya terpaksa berhati-hati ketika memanjat berikutan keadaan bumbung yang basah menyebabkan anggota APM terpaksa berkaki ayam bagi mengelak tergelincir.

“Oleh kerana keadaan bumbung yang curam serta basah, anggota kami terpaksa berkaki ayam untuk menangkapnya.

“Kucing diturunkan dengan selamat 10 minit kemudian,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Februari 2018 @ 5:45 AM