KEADAAN siling rosak selepas tangki air pecah di Blok E, Flat Seri Perantau Pelabuhan Klang.
KEADAAN siling rosak selepas tangki air pecah di Blok E, Flat Seri Perantau Pelabuhan Klang.
Faliq Lajim

Pelabuhan Klang: Penduduk Flat Seri Perantau di sini, menarik nafas lega apabila Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) meluluskan peruntukan RM3.5 juta bagi membaik pulih kawasan perumahan itu.

Ia berikutan beberapa masalah berlarutan sejak lima tahun lalu sehingga hampir meragut nyawa penduduk walaupun pelbagai aduan sudah dibuat kepada pihak berkaitan. Flat lapan tingkat itu membabitkan enam blok dan rata-ratanya berkaitan masalah tangki pecah.

Penduduk, Norhayati Jaafar, 44, berkata, tangki air yang mengalami kerosakan dan pecah di blok E kediamannya hampir meragut nyawa cucunya berusia setahun, baru-baru ini.

“Dalam kejadian jam 2 pagi Jumaat minggu lalu, saya bersama suami dan cucu yang sedang tidur terkejut apabila air memasuki rumah kami yang berada di tingkat lapan.

“Selain itu, runtuhan batu akibat tangki pecah terkena cucu saya yang bagaimanapun hanya mengalami luka kecil,” katanya ketika ditemui Harian Metro.

Menurutnya, perkakas rumahnya turut mengalami kerosakan terutama barangan elektrik.

Bagi wakil penduduk merangkap Pengerusi Blok E flet itu, Zainal Abidin Ibrahim, masalah seumpama itu sememangnya berlarutan sejak sekian lama.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 January 2018 @ 4:05 AM