KAMARUL Ariffin (kiri)  bersalaman dengan Shamshun Baharin selepas menandatangani Ikrar Bebas Rasuah.
KAMARUL Ariffin (kiri) bersalaman dengan Shamshun Baharin selepas menandatangani Ikrar Bebas Rasuah.
HM Digital

Kuala Lumpur: Kumpulan AFFINBANK (AFFINBANK) dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) di Menara AFFIN, semalam.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Kamarul Ariffin Mohd Jamil berkata, AFFINBANK mengalu-alukan inisiatif IBR itu dengan hati terbuka kerana ia sangat bersesuaian dengan program transformasi strategik syarikat iaitu AFFINITY.

“Salah satu objektif AFFINITY adalah untuk memupuk sikap integriti dalam kalangan kakitangan di semua peringkat dalam kerja harian mereka,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Pada majlis itu, Kamarul Ariffin mengetuai semua kakitangan AFFINBANK dalam majlis menandatangani dan melafazkan IBR disaksikan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 January 2018 @ 3:41 AM