KEADAAN kereta Unit Peronda Polis (MPV) selepas dirempuh motosikal. FOTO Ihsan PDRM
KEADAAN kereta Unit Peronda Polis (MPV) selepas dirempuh motosikal. FOTO Ihsan PDRM
Rabi ‘Atul ‘Adawiyah Ismail


LELAKI parah apabila motosikal ditunggangnya merempuh belakang kereta Unit Peronda Polis (MPV) yang berhenti di tengah jalan dalam kejadian di Lebuhraya Persekutuan menghala Shah Alam berhampiran susur keluar Subang, hari ini.

Dalam kejadian 6.20 pagi, kereta MPV terbabit berhenti di tengah lebuhraya untuk membantu sebuah Perodua Myvi yang rosak.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, ketika anggota MPV membuat kawalan di lokasi, motosikal itu tiba-tiba melanggar belakang MPV.

Katanya, akibat rempuhan kuat itu mangsa parah dan dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya untuk rawatan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 November 2017 @ 3:16 PM