KEADAAN rumah pemilik kucing yang berselerak dan tidak terurus.
KEADAAN rumah pemilik kucing yang berselerak dan tidak terurus.
Mohd Hasbi Sidek


Kuala Lumpur: Jiran kepada kepada pemilik kucing mendakwa dia bersama penduduk lain beberapa kali membuat aduan kepada pihak berkuasa namun lelaki itu masih berdegil memelihara berpuluh kucing dalam rumah sempit.

Kakak kepada lelaki itu juga pernah meminta bantuannya untuk mengemas dan membersihkan rumah lelaki itu.

“Kakaknya tinggal di tempat lain meminta saya mengemas dan membersihkan kediaman lelaki itu namun dia berkeras dan tidak membenarkan orang membantunya.

“Keadaan rumahnya menimbulkan rasa tidak selesa kepada jiran, malah mengeluarkan bau kurang menyenangkan. Kami terpaksa menghadapinya setiap hari,” katanya.

Katanya, dia tidak kisah jika lelaki itu mahu membela kucing, namun dia perlu menjaga kebersihan persekitaran dan kesihatan binatang itu.

“Dia sendiri tidak bekerja, bagaimana dia mahu membeli makanan kucing sedangkan makan minum dia sendiri belum tentu terurus,” katanya.

Seorang lagi jiran yang enggan dikenali berkata, lelaki berkenaan terperuk di dalam rumah dan tidak bergaul dengan orang lain selain gemar mengumpul kabel dan piring antena televisyen.

“Banyak barang terpakai turut diletakkan di balkoni di luar rumah hingga mengganggu laluan pejalan kaki,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Oktober 2017 @ 9:49 AM