CHRISTINISIAH (kanan) bersama rakan pada Sesi Pendaftaran Pelajar Baharu sempena Minggu Suai Mesra Sesi 2017 / 2018 di UMS.
CHRISTINISIAH (kanan) bersama rakan pada Sesi Pendaftaran Pelajar Baharu sempena Minggu Suai Mesra Sesi 2017 / 2018 di UMS.
HM Digital

Kota Kinabalu: “Saya anak sulung dan tanggungjawab besar buat saya untuk mengubah nasib keluarga dan menjadi contoh kepada adik-beradik yang lain.

“Atas sebab itu juga, saya menyimpan hasrat untuk melanjutkan pelajaran dan tidak sangka saya diberi peluang berkenaan,” kata Christinisiah Juin, 20, antara 200 penuntut daripada keluarga dalam golongan B40 yang ditemui ketika pendaftaran pelajar baharu sesi 2017/2018 Universiti Malaysia Sabah (UMS), di sini, semalam.

Menerusi program B40 itu, mereka daripada kumpulan sasar yang terdiri daripada golongan miskin tegar dan berpendapatan rendah ditempatkan di kolej kediaman yang sama bagi memudahkan pengurusan pihak UMS.

Menurut Christinisiah, biarpun dia berasal dari daerah pedalaman, ia bukan halangan untuk mencapai cita-citanya bergelar guru dan melanjutkan pelajaran dalam bidang Antropologi dan Sosiologi di Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan UMS.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 September 2017 @ 10:31 AM