ANGGOTA bomba berusaha memadamkan kebakaran. FOTO ihsan Bomba
ANGGOTA bomba berusaha memadamkan kebakaran. FOTO ihsan Bomba
Mohd Hasbi Sidek


GUDANG pasar raya di Jalan Hospital, Sungai Buloh, terbakar 70 peratus, hari ini.

Bagaimanapun tiada mangsa dilaporkan cedera atau terkorban dalam kejadian 11.30 pagi itu.

Penolong Pengarah Operasi Negeri Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.54 pagi.

"Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh, Kota Anggerik, Rawang dan Batu Arang dikerahkan ke lokasi.

"Kejadian membabitkan gudang pasar raya berkeluasan 5,550 persegi. Api berjaya dikawal kira-kira 1 tengah hari," katanya.

Beliau berkata, punca kebakaran masih belum diketahui kerana kerja pemadaman masih dijalankan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 Ogos 2017 @ 4:00 PM