YANG Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, Datuk Seri Ishak Mohammad  (dua dari kanan) menyerahkan sijil MBOR kepada Norlida.
YANG Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, Datuk Seri Ishak Mohammad (dua dari kanan) menyerahkan sijil MBOR kepada Norlida.
myMetro

Kuantan: Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) mendapat pengiktirafan Malaysia Book Of Records (MBOR) apabila menghimpunkan usahawan muda teramai menerusi Program SocialPreneur Muda (YS2P) anjurannya, semalam.

Program yang julung kali diadakan itu menghimpunkan 885 peserta membabitkan 28 politeknik dan 19 kolej komuniti seluruh negara yang bersaing mengumpul dana untuk disalurkan kepada badan kebajikan yang terpilih.

Sijil MBOR disampaikan Ketua Pegawai Operasi MBOR, Christopher Wong kepada Pengarah POLISAS, Norlida Abd Razak.

Norlida berkata, program itu menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif untuk menghasilkan keuntungan terhadap aktiviti perniagaan diusahakan menggunakan pelan perniagaan secara berkumpulan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 Julai 2017 @ 5:30 AM