AMER ( kanan) bersama Mohmad (tengah) dan Mazlan dalam sidang media selepas selesai Majlis Serah Terima Tugas Gambar Ekhwan Haque Fazlul Haque
AMER ( kanan) bersama Mohmad (tengah) dan Mazlan dalam sidang media selepas selesai Majlis Serah Terima Tugas Gambar Ekhwan Haque Fazlul Haque
Ekhwan Haque Fazlul Haque


DATUK Amer Awal dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis Sarawak bagi menggantikan Datuk Mazlan Mansor yang menjadi Ketua Polis Selangor.

Amer, 59, sebelum ini menjawat jawatan Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Kepolisan Am) Bukit Aman dan tempatnya digantikan Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Abdul Aziz Yusof.

Majlis Serah Terima Tugas disaksikan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohmad Salleh di Mes Pegawai Kanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak, di Kuching, hari ini.

Mazlan bertugas di Sarawak selama setahun dua bulan sejak 16 Mei tahun lalu.

Amer yang berpengalaman selama 41 tahun berikrar untuk memastikan indeks jenayah di Sarawak terus turun.

Menurutnya, fokus juga akan diberikan kepada pelajar sekolah khususnya mengekang jenayah buli.

"Saya berjanji untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada Sarawak dan berharap persepsi masyarakat terhadap polis akan sentiasa meningkat," katanya dalam sidang media selepas selesai Majlis Serah Terima Tugas Pesuruhjaya Polis Sarawak.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Julai 2017 @ 12:55 PM