Antara pengunjung yang hadir ke majlis rumah terbuka Aidilfitri Perdana Menteri bersama Jemaah Menteri di Seri Perdana, Putrajaya. FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI
Antara pengunjung yang hadir ke majlis rumah terbuka Aidilfitri Perdana Menteri bersama Jemaah Menteri di Seri Perdana, Putrajaya. FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI
Siti A'isyah Sukaimi

MASYARAKAT pelbagai bangsa dan agama membanjiri Kediaman Rasmi Perdana Menteri, Sri Perdana di Presint 10 Putrajaya bagi memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Jemaah Menteri 2017.

Pengunjung tiba seawal 9 pagi dan beratur di luar pintu pagar utama serta dibenarkan masuk sekitar 10 pagi.

Seterusnya, acara bersalaman bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bermula 11.40 pagi.

Beliau dilihat memakai baju Melayu warna merah lengkap memakai sampin songket serta bersongkok.

Turut kelihatan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta jemaah menteri yang lain.

Kira-kira 70,000 pengunjung dijangka menghadiri rumah terbuka berkenaan yang tamat pada 4 petang hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Jun 2017 @ 12:46 PM