SEBAHAGIAN kakitangan NSTP pada  majlis berbuka puasa  di Surau  Balai Berita Shah Alam.
SEBAHAGIAN kakitangan NSTP pada majlis berbuka puasa di Surau Balai Berita Shah Alam.

Shah Alam: Bagi meringankan beban ahli, Badan Khairat The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) menyalurkan bantuan sempena Ramadan dan sumbangan duit raya, semalam.

Seramai enam ahli cawangan Shah Alam masing-masing menerima RM500 pada majlis ringkas di surau Balai Berita Shah Alam, di sini.

Timbalan Pengerusi Badan Khairat NSTP Roslan Ibrahim berkata, sumbangan itu bagi memberi sokongan moral kepada ahli sekali gus meringankan beban mereka.

“Kita menyerahkan kepada ketua jabatan untuk memilih ahli yang layak menerimanya (bantuan),” katanya.

Turut hadir, Setiausaha Badan Khairat NSTP Zamanuddin Jusoh dan Ketua Biro Harian Metro Selangor Fuad Hadinata Yaacob.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Jun 2017 @ 6:35 AM