Mustapa (kiri) menyampaikan sumbangan kepada anak yatim daripada Badan Amal Nur Zaharah di Kampung Sum-Sum Hilir, Janda Baik,dekat sini, petang tadi.
Mustapa (kiri) menyampaikan sumbangan kepada anak yatim daripada Badan Amal Nur Zaharah di Kampung Sum-Sum Hilir, Janda Baik,dekat sini, petang tadi.
Syazwan Msar


Bentong: Lima puluh anak yatim daripada Badan Amal Nur Zaharah menerima sumbangan barang keperluan dan wang tunai daripada Badan Khairat The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) di Kampung Sum-Sum Hilir, Janda Baik,dekat sini, petang tadi.

Pemberian Bantuan itu disampaikan oleh Pengerusi Badan Khairat NSTP Datuk Mustapa Omar.

Mustapa yang juga Pengarang Kumpulan Harian Metro berkata, pemberian bantuan itu adalah antara inisiatif untuk membantu meringankan beban golongan memerlukan.

Katanya, Badan Khairat NSTP sentiasa merangka aktiviti kemasyarakatan terutama pada bulan Ramadan demi memastikan bantuan dan sumbangan dapat disalurkan kepada golongan memerlukan.

"Ini adalah kali pertama Badan Khairat NSTP menyampaikan sumbangan kepada anak yatim berkenaan dan pada masa sama kita juga mengadakan majlis berbuka puasa bersama mereka," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 Jun 2016 @ 8:40 PM