GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Mohd Hafizee Mohd Arop


WANITA warga emas maut dipercayai dilanggar lari ketika melintas jalan di Kilometer 78.6 Jalan Sitiawan-Taiping, Taiping, malam tadi.

Dalam kejadian 10.30 malam itu, mangsa Jamiah Alias, 73, yang juga pesara guru meninggal dunia selepas parah di beberapa bahagian badan.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Harrith Kam Abdullah berkata, siasatan awal mendapati kenderaan yang melanggar mangsa dalam perjalanan dari arah Taiping ke Trong.

Katanya, mangsa yang ketika itu melintas jalan dilanggar kenderaan itu sebelum kenderaan itu dipercayai melarikan diri.

Menurutnya, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Taiping untuk bedah siasat.

"Siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti kenderaan yang melanggar mangsa.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 Jun 2017 @ 8:44 AM